Tuesday, January 31, 2012

42 Kelebihan Berselawat

Aku sentiasa merinduimu Ya Muhammad.. Ya Rasulullah... 

 Itulah ungkapan yang selayaknya buatmu, aku sebagai umatmu. Engkau mencintai umatmu sepenuh hatimu. Dikala saat kawafatanmu, kalimah ummati..ummati..ummati terus meniti di bibirmu. Sungguh!  Aku juga mahu mencintaimu sepenuh hatiku. Aku juga mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah yang menginginkan dirinya menjadi kebanggaanmu di akhirat kelak.

Aku mahu pertemuan pertama aku dan dirimu di akhirat nanti, kau lemparkan senyuman yang sangat indah buatku Ya Rasullullah...

( Monologku untuk Junjungan Mulia Rasulullah SAW. ^_^)

Kita selalu lafazkan ungkapan 'aku mencintai Rasulullah'. Tapi kita jarang manisfestasikan cinta itu. Apa kata kita buktikannya sekarang nak? bagaimana? dengan cara kita berselawat kepada Baginda. Banyak fadhilatnya yang tidak ramai yang tahu. Jom kita berselawat ke atas Rasulullah SAW. 100x sehari k!.^_^

42 Kelebihan Berselawat Kepada Rasulullah SAW

Syeikh Abdul Qadir al-Jailani al-Hasani Rahimahullah menyatakan tentang kelebihan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW di dalam kitabnya, al-Safinah al-Qadiriyyah. Beliau meriwayatkan daripada Ibn Farhun yang berkata: “ Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW mempunyai empat puluh dua kelebihan. Hal ini tertulis di dalam kitabnya Hadaiq al-Anwar.”

  • ·         Melaksanakan perintah Allah SWT.
  • ·         Bersama dengan selawat Allah SWT kepada Rasulullah SAW.
  • ·         Bersama dengan selawat para malaikat
  • ·         Mendapat ganjaran sepuluh kali selawat daripada Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan (selawat daripada Allah bererti rahmat).
  • ·         Dikurniakan oleh Allah SWT sepuluh darjat atas tiap-tiap satu selawat.
  • ·         Ditulis oleh malaikat sepuluh kebaikan atas setiap selawat.
  • ·         Dihapuskan oleh Allah SWT sepuluh kejahatan atas setiap selawat.
  • ·         Segala doa akan diperkenankan oleh Allah SWT.
  • ·         Mendapat syafaat dari Rasulullah SAW.
  • ·         Mendapat keampunan daripada Allah serta akan ditutup segala keaiban.
  • ·         Allah SWT akan menutupi segala dukacita.
  • ·         Dikurniakan maqam yang berhampiran dengan Rasulullah SAW.
  • ·         Mendapat darjat al-Sidq.
  • ·         Ditunaikan segala hajat.
  • ·         Selamat dan sejahtera pada hari kiamat.
  • ·         Allah SWT dan para malaikat akan berselawat ke atas orang yang selawat.
  • ·         Mendapat khabar gembira daripada Allah SWT dengan balasan syurga.
  • ·         Selamat sejahtera dari huru-hara hari kiamat.
  • ·         Rasulullah SAW akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan.
  • ·         Mudah mengingati semula prkara-perkara yang lupa.
  • ·         Mendapatkan kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari tersebut.
  • ·         Tidak akan rasai fakir.
  • ·         Terpelihara daripada dihinggapi sifat bakhil.
  • ·         Mendapat kesejahteraan daripada doa Rasulullah SAW kepada yang berselawat.
  • ·         Selawat akan menjemput pengucapnya ke jalan syurga.
  • ·         Menjauhkan seseorang itu daripada terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut oleh Allah SWT dan Rasul-Nya.
  • ·         Berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah SWT apabila disebut Alhamdulillah Rabbil Alamin ( di dalam doa), maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.  
  • ·         Selawat melintasi titian Sirat al-Mustaqim pada hari kiamat.
  • ·         Terpelihara daripada sifat kasar dan gelojoh.
  • ·         Disambut oleh Allah pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak.
  • ·         Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah SWT.
  • ·         Mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
  • ·         Mendapat kesempurnaan iman serta mendapat hidayah daripada Allah SWT.
  • ·         Kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW.
  • ·         Setiap selawat yang dibaca akan dibentangkan di hadapan Rasulullah secara langsung.
  • ·         Teguh pendirian dengan kebenaran.
  • ·         Berselawat bermaksud kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah ke atas diri    kita. Di samping itu, ia anggap mensyukuri nikmat Allah yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah SAW kepada kita.
  • ·         Berselawat juga bermaksud melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah  ke atas Rasulullah dan juga kepada diri sendiri.
  • ·         Berselawat juga bermaksud zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurniakan oleh allah SWT.
  • ·          Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SAW di dalam jiwanya.
  • ·         Dikurniakan oleh Allah maqam seorang syeikh dan murabbi.




2 comments: