Thursday, January 6, 2011

Khasiat Buah Tamar

Buah tamar merupakan antara buah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Ia adalah makanan yang penting bagi nabi dan keluarga baginda. Dalam sebuah  hadis yang dilaporkan Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, " Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada ( untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging."




Dalam riwayat lain Bukhari dam Muslim melaporkan, Abdullah bin Jaafar berkata," Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun."




Pada bulan Ramadan umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah tamar. Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah melaporkan kata nabi yang bermaksud, " Apabila seseorang  berbuka puasa, berbukalah dengan buah tamar. Apabila dia tidak memperoleh buah tamar, berbukalah dengan air kerana air itu pembersih."


Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh Al-Shahib, W and Marshall, RJ bertajuk The Fruit Of The Date Palm: Its Possible Use As THe Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi iaitu 44-88%, kadar serat antara 6.4-11.5%, kadar protein antara 2.3-5.6%, kadar lemak antara 0.2-0.5% dan minyak antara 0.2-0.5%. Protein buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yang popular seperti oren, epal dan pisang. Antara mineral yang terdapat dalam tamar ialah kalium (potassium), boron, kalsium, kobalt, besi, magnesium, magenes, fosforus, natrium (sodium), zink dan fluorin. Fluorin ialah mineral ynag membantu meningkatkan kesihatan gigi. Di samping itu, buah tamar juga mengandungi selenium, sejenis bahan yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan, yang mampu mencegah kanser. Berhubung dengan vitamin, antara vitamin yang terdapat dalam buah tamar adalah vitamin C, B1, B2, asid nikotinik dan vitamin A. Justeru buah tamar dapat dianggap sebagai makanan yang ideal. penemuan ini dilaporkan di dalam International Journal of Food and Science Nutrition.   subahanallah!

No comments:

Post a Comment