Saturday, February 19, 2011

Pengiktirafan Islam Terhadap Wanita

sambungan....


Dahulu wanita dihina, diperlakukan dengan kejam, darjatnya serendah darjat binatang. Namun ISLAM datang menyinari bumi ini mengangkat wanita ditempat yang paling mulia. Syukur alhamdulillah. Berkat penat lelah usaha Rasulullah mengangkat darjat wanita, akhirnya wanita diiktiraf dan diterima kewujudannya di muka bumi ini. Syukran Ya Rasulullah. Bahkan wanita dianugerahkan satu gelaran yang tiada tolok bandingnya sebagai hiasan dunia khusus kepada wanita yang dihiasi amalan soleh dalam hidupnya.




Bentuk penghormatan Islam terhadap Islam:


1. Menyambut baik kelahiran perempuan. Dalam masyarakat Arab terdahulu, lahirnya anak perempuan disambut dengan muka masam,merah,dan cenderung ditutup-tutupi. Allah mengecam perbuatan ini dan melarang keras umat Islam melakukannya. Para pelakunya disebut Al-Quran sebagai orang yang benar-benar rugi.
" Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan lagi tidak mengetahui."  ( Al-`An`am:140)


2. Anjuran mengadakan aqiqah untuk anak perempuan. Aqiqah bagi setiap anak yang lahir, lelaki mahupun wanita, termasuk sunnah Rasulullah s.a.w. Tepatnya pada hari ketujuh kelahiran. Aqiqah anak perempuan adalah menyembelih seekor kambing manakala anak lelaki dua ekor kambing.


3. Memberi nama yang baik. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Ibnu Umar bahawa Umar mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Ashiyah (yang bermaksiat), lalu Rasulullah s.a.w. mengganti namanya dengan Jamilah.(yang cantik).


4. Menjaga dan mendidik anak perempuan sedari kecil dan tidak membezakannya dengan anak lelaki. Islam benar2 memerhatikan kaum wanita mula dari buaian. Islam bahkan menegaskan, mendidik anak perempuan dapat menjadi pelindung dari api neraka dan jalan menuju syurga. Anas ibn Malik meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda, " Barangsiapa mendidik dua hamba wanita hingga dewasa, maka di akhirat nanti saya dan dirinya akan datang seperti ini( sambil merapatkankan jari-jarinya).


5. Memberikan perhatian dan hak pendidikan kaum wanita sama seperti lelaki: Rasulullah s.a.w bersabda, "Barangsiapa memiliki seorang anak perempuan, kemudian tidak menanamnya dalam kubur, tidak menghinakannya, dan tidak memandangnya sebelah mata maka Allah akan memasukan dirinya ke syurga.


6. Menghormati mereka dalam tarafnya sebagai isteri. Allah s.w.t memerintahkan para suami agar menggauli isteri dengan baik: " Gaulinya isteri-isteri kamu dengan pergaulan yang baik. ( Al-Nisa`:19)
Menurut Ibnu Kathir, penggalan ayat ini mengandungi nasihat, berkatalah yang santun dan berlaku baiklah kepada isterimu semampumu. Seperti halnya kami ingin isterimu berbuat seperti itu, berbuatlah seperti itu juga terhadapnya dirinya:
" Dan para wanita mempunyai hak yang sama dengan kewajipannya menurut cara yang makruf." ( Al-Baqarah: 228)




* Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana diriku diciptakan sebagai wanita. Allah mencipta diriku dengan penuh indah dan cantik. Biarpun dosa-dosaku yang lalu banyaknya seluas lautan dan butiran pasir di pantai, namun pengang dan hargailah diriku sekarang. Biarpun ahli neraka itu banyaknya dikalangan wanita, namun keampuanan dariMu tidak terjangkau oleh fikiranku. Semoga diriku tidak menjadi sebahagian dari ahli neraka itu. Amiin.........