Thursday, January 26, 2012

Ku Ingin Susuri Jejakmu....

Sudah lama ku tidak membuka lembaran entri ini. Pelbagai masalah yang kuhadapi sehingga meragut semangatku yang lemah ini. Namun ku pasrah. Mungkin ini tarbiyah dari Allah. justeru ku mulakan langkah baru untuk teruskan hidup ini. Ku mulakan dengan kisah bidadari pencetus semangatku!.      
         

                 Hindun bin Abu Halah menghela nafas berat. Sambil pandangannya masih dibiarkan lepas memerhati orang ramai yang lalu-lalang. Dia cuba mencari kelibat adik peempuannya, Hindun binti Atiq bersama suami tadi walaupun tahu tidak akan muncul lagi di situ. Sudah sampai ke rumah barangkali. Atau singgah di mana-mana. atau mungkin juga sedang bertawaf di Kaabah.
" Memang ibu wanita pilihan Allah. Dipilih untuk digandingkan dengan kekasihNya," kata-kata adiknya kembali melintas di tepi telinganya. Hindun bingkas. Berasa pandangan di hadapan matanya sudah tidak menarik lagi ditonton.
               Wanita terhomat lagi dimuliakan dengan gelaran Sayyidah Quraisy; Pemimpin Wanita Quraisy telah pergi untuk selamanya.Pergi yang tidak akan kembali lagi. Memang Khadijah Pilihan Allah, bisik Hindun dalam hati. Dialah orang yang pertama beriman, berkorban, menyokong, berjuang dan mengabadikan seluruh cinta dan jwa raganya untuk Allah dan Rasul. Dia dipilih oleh Allah untuk menjalani kehidupan bersama; suka dan duka, susah dan senang sama dirasa.
              Pada diri almarhum ibunya itu Hindun melihat kejujuran yang sangat sempurna dalam tutur kata, gerak mahupun diamnya. Hindun melihat keteguhan pendirian serta peribadi yang sungguh mulia. Dan dia amat mengaguminya. Wajar sangatlah ayah tirinya sangat mengasihi dan mencintai ibunya itu. 
              Peristiwa pemulauan Bani Hasyim dan Bani Al-Mutalib masih amat segar di ingatan. Hindun menyaksikan ibunya turut melibatkan diri berkongsi penderitaan; dia bukan dari keluarga Bani Hasyim. Meninggalkan rumah yang selesa untuk bergabung bersama suami serta orang-orang yang teraniaya. Cinta, kesetiaan dan keyakinan mengatasi segala-galanya, mampu menyerap kesakitan dan melerai sengsara.




Bersambung...........
               

               

 

No comments:

Post a Comment