Friday, January 14, 2011

Wanita Dalam Lipatan Sejarah

Alhamdulillah...:)
Aku diberi kesempatan untuk menulis ruangan yang aku rasakan paling utama dalam blog ini. Intipatinya khusus buat insan bergelar WANITA. Sudah lama aku menunggu saat ini. Dek tugasan yang menggunung sebagai student tidak dapat ku membiarkan penaku menari-nari di ruangan ini. Namun, rezeki Allah begitu luas. Akhirnya ku diberi peluang.

Dunia adalah hiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. Acapkali kudengar ungkapan tersebut. Namun, sebelum datangnya Islam wanita hanya dianggap barang yang tidak bernilai. Ayuh kita kembara sejarah wanita lebih jauh lagi.................

Pada zaman jahiliah, wanita ditempatkan tidak lebih sebagai sampah,pemuas nafsu seksual, bahkan ada pula yang memuja dan menuhankan mereka. Hukum-hakam tersebut sungguh jauh dari nilai keseimbangan.

Bagi bangsa Yunani, wanita adalah kotoran dan setengah dari wujud syaitan kerana ia harus menanggung dosa moyangnya. Hawa. Kerananya, wanita diharamkan dari seluruh hak-hak kemasyarakatan, seperti jual beli, organisasi, dan lainya. Wanita juga tidak punya hak waris, apa pun hubunganya darahnya, kerana hak waris dianggap hanya hak milik lelaki. Hukum-hakam tersebut terus berlaku sampai kemudian kaum cerdik-cendekiawan bangkit dan terus berjuang dan mengembalikan sebahagian hak wanita yang dirampas iu.

Bagi bangsa Hamurabi, wanita dipandang tidak lebih sekadar barang mainan seperti kenderaan dan lainnya. Seorang wanita dimilki sepenuhnya oleh tuannya. Seorang majikan atau suami boleh memperlakukan wanita sesuai dengan keinginanya. Dalam salah satu bahagian hukum mereka disebutkan, " Barangsiapa membunuh anak perempuan seorang lelaki, dia harus menyerahkan anak perempuannya kepada ayah wanita korban untuk dibunuh, dimilki. atau dibayarkan gantiannya.

Kaum Yahudi lain pula, mereka memandang wanita sebagai laknat yang wajib dijauhi dan tidak dapat dipercayai untuk menjaga rahsia tau tugasan tertentu. Hal ini disebabkan Kitab Taurat memperingatkan mereka agar berhati-hati dan selalu berwaspada kepada kaum wanita. Dalam Taurat disebutkan, " WANITA ITU LEBIH KEJAM DARIPADA KEMATIAN."

Kedudukan wanita pada tradisi Arab dapat diringkaskan dalam beberapa inti berikut:
1. Wanita dilarang mendapatkan hak waris, kerana hak waris hanya untuk lelaki.
2. Tidak ada batasan jumlah isteri dalam pernikahan. Seorang lelaki boleh menikah lebih dari satu isteri tanpa terbatas.
3.Tidak ada batasan jatuh talak. Seorang lelaki bebas menjatuhkan talak pada isterinya, bila mana suaminya berkehendak. Demikian juga ketika suami ingin rujuk, tidak ada batasan waktu.Adapun wanita tidak ada hak untuk bercakap dalam soal ini.
4.Mengubur hidup-hidup anak perempuan. Alasan mereka, anak perempuan menyebabkan aib keluarga dan penyebab kemiskinan.
5. Praktik pernikahan istibdha`, iaitu suami mengirimkan isterinya kepada pemimpin salah satu kabilah-yang dikenal memilki keberanian, kekuatan, dan moraliti tinggi-hingga hamil. Ketika sudah dipastikan hamil, isteri itu kembali kepada suaminya, Sesuai dengan yang mereka yakini, amalan ini bertujuan untuk mendapatkan keturunan yang unggul.
6. Praktik pernikahan syighar, seorang lelaki menikahkan anak perempuannya dengan lelaki lain dengan syarat lelaki lain tersebut mahu menikahkan anak perempuannya dirinya, atau saudara wanita seorang lelaki ditukar saudara wanita lelaki lain.Wanita layaknya barang perniagaan, dimiliki sekaligus dijadikan mahar pernikahan.

* bersambung.........

Thursday, January 6, 2011

Khasiat Buah Tamar

Buah tamar merupakan antara buah yang kaya dengan pelbagai khasiat. Ia adalah makanan yang penting bagi nabi dan keluarga baginda. Dalam sebuah  hadis yang dilaporkan Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, " Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada ( untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging."




Dalam riwayat lain Bukhari dam Muslim melaporkan, Abdullah bin Jaafar berkata," Saya melihat Rasulullah memakan tamar basah dan sayur dari jenis mentimun."




Pada bulan Ramadan umat Islam digalakkan berbuka puasa dengan buah tamar. Abu Daud, Tirmizi, Ahmad dan Ibnu Majah melaporkan kata nabi yang bermaksud, " Apabila seseorang  berbuka puasa, berbukalah dengan buah tamar. Apabila dia tidak memperoleh buah tamar, berbukalah dengan air kerana air itu pembersih."


Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh Al-Shahib, W and Marshall, RJ bertajuk The Fruit Of The Date Palm: Its Possible Use As THe Best Food For The Future, buah tamar boleh menjadi makanan yang ideal pada masa hadapan. Ia mengandungi 15 jenis garam dan mineral, kaya dengan vitamin, mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi iaitu 44-88%, kadar serat antara 6.4-11.5%, kadar protein antara 2.3-5.6%, kadar lemak antara 0.2-0.5% dan minyak antara 0.2-0.5%. Protein buah tamar dibina daripada 23 jenis asid amino, sebahagiannya tidak ditemui dalam buah-buahan yang popular seperti oren, epal dan pisang. Antara mineral yang terdapat dalam tamar ialah kalium (potassium), boron, kalsium, kobalt, besi, magnesium, magenes, fosforus, natrium (sodium), zink dan fluorin. Fluorin ialah mineral ynag membantu meningkatkan kesihatan gigi. Di samping itu, buah tamar juga mengandungi selenium, sejenis bahan yang diperlukan oleh sistem pertahanan badan, yang mampu mencegah kanser. Berhubung dengan vitamin, antara vitamin yang terdapat dalam buah tamar adalah vitamin C, B1, B2, asid nikotinik dan vitamin A. Justeru buah tamar dapat dianggap sebagai makanan yang ideal. penemuan ini dilaporkan di dalam International Journal of Food and Science Nutrition.   subahanallah!
اللهم مصرف القلوب صرف قلوبنا على طاعتك.

"  Ya Allah ya Tuhanku, Tuhan yang mengarahkan hati, arahkan hati-hati kami pada ketaatan kepada-Mu.”

Kaifiat dan Khasiat:
Daripada `Amru ibn al-`As berkata bahawa dia mendengar Rasulullah  s.a.w bersabda yang bermaksud: “ Sesungguhnya hati anak Adam keseluruhannya berada di antara dua jari Allah Yang Maha Pengasih seperti satu hati. Ia memalingkannya mengikut kehendak-Nya.” Kemudian Rasulullah s.a.w berdoa seperti doa tersebut.  

* Cebisan dari Doa, Zikir & Munajat yang Didengari Allah.(Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd.Wahid Abd. Hanif)

Balasan Mengkhianati Ilmu

 عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : من كذب علي متعمدا فليتبوأ مقعده من النار.

Ertinya: Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda: “ Sesiapa yang sengaja membuat pendustaan ke atasku maka sediakanlah tempatnya di dalam neraka.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
*    

Keterangan:


  • *    Pendustaan ialah memberitahu sesuatu yang bercanggah dengan hakikatnya yang sebenar.
  • *    Walaupun orang yang tidak sengaja membuat pendustaan tidak berdosa, tetapi berkemungkinan ia berdosa dengan memperbanyakkan kesilapan. Ini kerana memperbanyakkan kesilapan adalah suatu kesalahan. 


*Cebisan Dari: 300 Hadis Bimbingan. (Uztaz Zahazan Mohamed & Ahmad Hasan Mohd.Nazam)